Wednesday 2 November 2011

My 2nd Make Up Turorial : Sweet & Gorgeous

Before :

After :


Hai kawan-kawan!! hari ini Kit nak ajar u all macam mana nak mekap ala2 sweet & gorgeous gitu. tapi 1st and foremost, ni lah muka Kit kalau tanpa mekap. buruk kan? haha. jangan terperanjat ye sebab mekap boleh mengubah segala-galanya. jadi x payah lah awak semua nak buat botox ke ape ke, ambil pil ke. jangan okay? itu hanya akan memudaratkan kesihatan & juga berbahaya. sebelum 2nd tutorial ini, Kit dah ajar macam mana nak mekap yg simple tapi berkesan. okay, dalam post ini pula, Kit nak ajar mekap yang tebal sedikit yang akan merubah rupa awak semua ke tahap maksimum! So, lets check it out guys!!
  1. First of all, basuh muka awak dengan bersih & lap bagi kering. disini krim / foundation amat diperlukan bagi menutup cacat cela dimuka anda (bekas jerawat/pori2 hitam/ruam merah). sapukan ke seluruh muka dengan betul ye, jangan ada yang bercapuk (ratakan).
  2. Next, guna compact powder yang ada untuk lapisan kedua di atas muka anda. (x kira lah jenama apa, janji tone warnanya mengikut kesesuaian warna kulit anda). kalau boleh pakai dileher juga ye kerana nak samakan dengan warna kulit muka tadi.
  3. Kali ini Kit akan menggunakan eyeshadow bewarna grey. sapu di sluruh kelopak mata anda, jangan sampai selekeh ye, nanti cam badut lak. dah sudah tu, di bahagian atas kelopak mata tu anda sapu sedikit eyeshadow bewarna hitam bagi menampakkan shadow / layer bagi menarikkan lagi mata tu.
  4. Seperti biasa, penggunaan liquid eyeliner amat penting bagi mata yang besar macam Kit ni. DIINGATKAN BAHAWA KEPADA BERMATA SEPET JANGAN SESEKALI PAKAI EYELINER TERLALU TEBAL hal ini kerana mata anda akan kelihatan kecil & tidak menarik (pendapat saya lah ye). pakai sehingga ke ujung kelopak mata, kalau nak lagi cantik bentukkan sedikit garisan eyeliner tu ala2 kucing gitu.
  5. Then, anda gariskan sedikit eyeliner dibawah garisan mata. Jangan lupa pakai mascara bagi melentikkan bulu mata anda.
  6. Blusher pun harus diguna pakai dalam mencantikkan wajah anda. sapu dia bahagian tulang pipi anda.
  7. Akhir sekali guna lah lipstick bewarna merah cerah bagi menampakkan mekap yang berani & garang. ramai yang takut untuk memakai warna merah terang ini kerana takut dikata mekap tebal. its okay, anda boleh juga guna lipstick mengikut warna yang anda suka.
xoxo
kittygoregeous
     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beloved Readers