Monday 12 March 2012

Mudah & Sedap : Kek Coklat


Hai girls! today Kitty mahu ajar u alls resepi kek coklat. mesti ramai yang cakap, buat kek ni payah lah susah lah tapi sebenarnya mudah je. kitty selalu jugak buat kek kalau ada freetime. kitty sebenarnya lebih ke arah masak memasak lauk-pauk daripada baking ni so xteror sangatlah nak baking lebih-lebih. hehe. okaylah enjoy!!

BAHAN-BAHAN :

1 cawan serbuk coklat 

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum 

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)


CARA MENYEDIAKAN :

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI : Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

*http://www.sajionline.com.my/index.php/kek-othermenu-115/419-kek-coklat-kukus.html

xoxo
kittygoregeous

1 comment:

  1. blog blog blog.. jgn lupe nnti follow blog aku ahakss

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beloved Readers